Thursday, April 9, 2009

dead and gone...

Dunia ini semakin mencabar.

Melalui perjalanan hidup yang kita tempuhi,sepatutnya kita bertambah matang dan menyedari bahawa segala kejayaan yang kita kecapi sebenarnya adalah atas ketekunan,usaha gigih dan kesabaran dalam menghadapi segala cabaran dan rintangan,di samping adanya pertolongan dan petunjuk Allah ‘Azza wa Jalla.Sementara kegagalan yang kita alami adalah disebabkan kecuaian dan kelalaian kita sendiri.


Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.
Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa
menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup..



Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia
adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya
bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak
sanggup menerima penderitaan.



do we cry or do we laugh? it depends..
are we a receiver or giver....?

No comments:

Post a Comment